Saturday, 28 July 2012

Lelaki, wanita, dan neraka..

golongan lelaki yang di tarik oleh wanita ke neraka..


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sholat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana sholatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata-ngatai dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

P/S : Semoga ALLAH beri kekuatan untuk aku dan semua kaum lelaki untuk mentadbir keluarga..AMIN..

Itu Janji ALLAH...


Tak perlu tuk terlalu memikir nyer..itu janji ALLAH..

Friday, 27 July 2012

YA ALLAH KUAT KAN LAH AKU..


Ya ALLAH, hamba mu yg kerdil ini bermohon kepada mu..
Kuat kan lah semangat ku untuk menyelesai kan masalah yang sedang aku tempuh ini..
Beri lah hamba mu ini kekuatan untuk mentadbir keluarga ku..
Hamba mu ini tidak kuat untuk menghadapi nyer seorng diri..
Aku amat memerlukan pertolongan mu YA ALLAH..
Beri lah hamba mu ini pertunjuk supaya hamba mu ini dpt menyelesaikan masalah ini dengan bijaksana..
Jangan lah lemah semangat ku untuk berjuang untuk keluarga ku..
Tetapkan iman ku,tetapkan keyakinan ku terhadap setiap dugaan yang engkau atur kan kepada ku..
Aku yakin setiap yang berlaku ini ader hikmah disebalik nyer..
YA ALLAH, Engkau selamatkan keluarga ku dari segala bencana..
Selamatkan lah keluarga aku dari pecah belah..
Selamatkan lah zuriat ku dari segala tipu daya syaitan..
Hanya kepada mu YA ALLAH tempat aku memohong pertolongan..
Sesungguh nyer engkau lebih mengetahui setiap aper yang berlaku ini..
Amin Ya Robbal A’lamin..


Wednesday, 25 July 2012

YA ALLAH PERTEMUKAN KAMI..

Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,
Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, Sehingga dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu…
Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi keranakesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…
Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba…
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala kuluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…
Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…
Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku…
Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui,
Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…

Friday, 20 July 2012

Selamat berpuasa..






ASSALAMUALAIKUM...


SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA..


Semoga ramadhan pada tahun ini menjadi titik tolak kite untuk berubah kepada yg lebih baik..moge amalan kiter bertambah dari bulan ramadhan yg lalu..n bersama2 lah kiter mengejar 1 malam yg mulia iaitu malam LAILATULQADAR...amin..





Moge kiter mendapat keampunan di bulan mulai ini...



Thursday, 19 July 2012

Memang Cari Nahas..

ASSALAMUALAIKUM...
Slalu nyer aku dgr kes ragut akhir2 ni..n benda ni berlaku lak kat mmbr aku sendri..mmber aku punyer tunang bru jer kene ragut last week n dia x bernasib bek la sbb terpakse tahan sakit sket sbb kene tumbuk kat muke..sumer brg2 berharge kene amek..kesian lak aku dgr mmber aku cerita..adoila..tp memang lakhanat tol peragut tu,ader ker ngan perempuan pun ko nak pukul..dayus tol la..hampeh tol ko..tp hari ni mmg dpt tk live punyer peragut kene tangkap ngan polis..rase mcm dlm movie lak..hahaha..yg kejar peragut tu punyer lah ramai polis..ader yg nek kete n ader gak yg nek moto..abis 1 pekan PD polis wat block,n last polis dpt tangkap gak..tp cara polis nak tahan peragut tu mmg mcm dlm filem lah..polis block jln utama,then pastu dgn xder belas kasihan polis tu trs rempuh peragut tu gune kereta..terpelanting bdk tu,dua budak melayu kene thn..bln stakat kene tahan,dapat gak ubat dri polis2 tu..ubat belasah..hamek ko..xpsl2 kene langgar n dapat lak pakej rembat..klu ko malas nak keje pun jgn lah sampai g meragut..g lah bercucuk tanam ker,xder lah sampai kene blasah..adoila..per2 pun tahniah kpd anggota polis sbb berjaya tangkap lagi sorang penyagak dlm malaysia nie..Bersama2 membenteras jenayah..hahaha..ky,cukup tuk hari nie..Semoga kiter sumer dilindungi oleh ALLAH dari perkara2 yg buruk..Amin..
Salam..gud nite.. P/s : aku rindu sgt kat seseorng..tp x kesampainan luahkan perasaan tu..hehehe..per2 pun moge dia selamat slalu..hehehe..I MISS U (jiwNg lah plak)..adoila..

Wednesday, 18 July 2012

Tol punyer cerita..

Assalammualaikum..

Minggu nie aku sibuk duk cari brg kereta,sbb kete wa hal lak..pagi2 lagi dah kuar g seremban cari brg yg aku nak tu,tp brng nyer xder la plak..so,dengan hampa nyer aku pun lik umah..dlm on de way nak lik rumah tu,aku rase mls nak lalu jln lame..so,aku amek keputusan ikut highway jer(senang sket,umah mmg dah dekat ngan exit hgwy jer pun)konon nyer nak jimat masa lah..hehehe..samapi kat tol,aku dengan sabar nyer menunggu turn nak byr tol..depan aku ader sebijik kete n belakang ader sebiji lori minyak..bile sampai turn aku nak byr jer aku dgr lori tu hon hon kat aku..aku buat xtau jer lah..tapi makin lamer x berenti2 plak..aku jd muskil la..so,dengan kompom nyer ak tgk belakang n driver lori tu bgtau aku ayat nie 'adik motor lalu tepi jer,xpyh byr tol'...adoila..malu giler,aku boleh lak luper yg aku nek moto time tu..hahahahaha..so,nak elak rase malu,aku pun trs g line tepi n trs pecut..kat atas moto aku da bantai gelak sorng2..aku rase akak tol tu dah pecah perut gelak kan aku..hahahaha..tu lah klu dah lame x bwk moto nek highway,asik bwk kete jer sampaikan bwk moto pun nak byr tol..klu tol tu ader cctv mampus aku kne gelak ngan org2 tol tu..nasib bek x kuar kan duit lagi tuk byr,klu x lagi lah malu..per2 pun tq kepada driver lori tu sbb menyedar kan aku yg dalam khayalan mase tu..hahaha..pengalaman kat mungkin xkan luper kan lah..malu tahap GABAN...hahahaha.. Wasalam..